Saturday, June 5, 2010

Kisah Nabi Sulaiman a.s dan seekor Semut~


~MITC Melaka~

Sedang sy teringatkan sahabat2 sy yg berjuang di MITC Melaka pd minggu ini dlm meningkatkan productivity mereka utk last month Q2, sy teringat akan kelebihan masing2 dlm mencari redha dan tawakal apabila mencari rezeki dari sebuah perniagaan~..
Sy selalu teringat akan kata2 abah sy sewaktu ketika dulu..dia bertanya kpd sy, dlm byk2 pekerjaan, apakah 3 pekerjaan yg paling digemari Rasulullah SAW?..byklah jugak yg sy jawab..sy kata keje yg tlg
org la kowt~..cm doktor, askar, polis [sepatutnya..] tp abah kate salahhhh~..habis keje apa abah??..haaaaaaa..abah jawab pekerjaan yg plg disukai Rasulullah ialah berburu, memancing [nelayan] dan peniaga~..abah tanya lagi, kenape? [okey, abah mmg byk soalan laaa..] pening2 sy pikir, last2 dgn penuh keyakinan dan tekad sy jwb sbb pekerjaan tu sume perlukan byk skill yg tinggi!..abah kata: TETTTTTTTTTTTTT!!~..SALAHHHH~~~...[tsk..tsk..tsk.. :( ]
Abah kata, jawapannya ialah kerana..sume perkerjaan tu memerlukan kita berusaha keras dan paling penting TAWAKAL kpd Allah swt..bila kite pergi berburu, xsemestinya ada haiwan yg boleh diburu..xpun terlepas ke~..apa ke~..klu kite nak memancing ikan, xsemestinya umpan kita tu mengena..dan bila kita berniaga pule, xsemestinya ada org nak beli brg yg kita jual~..semuanya perlukan Tawakal dan redha pada rezeki yg Allah swt nk beri utk kita pd hari tu..Kita kene yakin bahawa rezeki itu adalah salah satu rahsia Allah swt dan
datangnya hanyalah drpd Dia~..
Haaaa...soooo..berbalik kpd tajuk entri ni td, sy ada satu kisah yg sgt menarik yg boleh dilihat dr perspektif redha dan tawakal pd Allah swt dlm mencari rezeki ni~..iaitulah kisah Nabi Sulaiman a.s dan seekor Semut..

Semut diatas Batu

Nabi Sulaiman a.s. terkenal krn mampu berckp dgn pelbagai makhluk spt jin, haiwan dan mampu juga memerintah angin. Pada suatu hari, baginda berjalan lalu terlihat seekor semut sedang mencari2 makanan di atas batu. Memikirkan keadaan semut yg mencari maknn diatas batu, baginda menjadi hairan krn manakan ada makanan diatas batu kering di tengah padang pasir yg hangat membakar lg tandus. Lalu baginda bertnya kpd
si semut utk mendaptkan kepastian apakah sebenarnya yg dicari oleh si semut itu.
Tanya baginda kpd si semut "Wahai semut apakah engkau yakin ada mknn yg cukup utk kamu disini?". Mendengar pertanyaan seorg nabi Allah, maka sang semut tanpa membuang masa menjawab, "Wahai nabi Allah, sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah, aku amat percaya yg rezeki itu sememangnya di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yg kering kontang pasti ada rezeki utk ku~.."
Terpana dgn jawapan sang semut, Nabi Sulaiman bertnya kepdnya apakah mknn kegemaran sang semut dan berapa bnykkah mknn yg diperlukan olehnya selama sebulan utk hidup. Semut memberitahu dgn jujur bahawa dia hnya memerlukan sebutir gandum utk sebulan.

Sebutir Gandum

Dengan penuh kegembiraan Nabi Sulaiman a.s. mencadangkan buah fikirannya kpd semut, "Jikalau hanya sebutir gandum sebulan mencukupi pd engkau maka aku akan menolong engkau. Engkau kini tidak lg perlu mncari sebutir gandum diatas batu." Baginda kemudian mengambil sebuah bekas utk sang semut tinggal dan meletakkan sebutir gandum agar dpt menyenangkan sang semut tanpa perlu berusaha dgn penat hanya utk sebutir gandum. Lalu dibiarkan semut itu selama sebulan dan apabila cukup sebulan baginda datang kembali utk memberi sebutir lg gandum untk bulan yg akan dtg~...

Rezeki yang Dicari Vs Rezeki yg Dinanti

Apabila Nabi Sulaiman membuka bekas, alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati semut tersebut hnya makan setengah butir gandum yg diberi sebulan dahulu dan bukan spt yg diberitahu. Melihat keadaan demikian lalu Nabi Sulaiman berkata "Pembohong kamu! Sebulan yg lalu kamu memberitahu yg kamu memerlukan sebutir sebulan ttp setelah sebulan kamu sbnrnya hanya makan setengah butir dan bukan sebutir gandum".
Semut yg senantiasa jujur kpd dirinya dan org lain terus memberitahu baginda "Benar aku bukan pembohong dan aku tidak berbohong, jika aku mencari di atas batu maka aku pasti makan apa yg ada hingga menyamai jumlah sama spt sebutir gandum selama sebulan. Ini kerana rezeki tersebut aku yg mencarinya dan rezeki itu datangnya dr Allah swt dan Allah swt tidak pernah lupa padaku walau sesaat.
"Namun apabila aku kamu letakkan didalam sebuah bekas yg kemudiannya kamu tutup maka rezeki aku kini bergantung kpd kamu dan aku tidak percaya kpd kamu, justeru itu aku hanya mkn setengah shj spy ia dpt bertahan selama dua bulan. Aku takut kamu lupa ttg mknnku~.."
Nabi Sulaiman diam dan menginsafi dirinya. Begitu hebat seekor semut yg dpt memberi satu gambaran baru kpd seorang nabi Allah dlm perspektif kehidupan. Walau tubuhnya kecik dan tidak sebesar manusia, walau akalnya tiada tidak spt manusia yg mempunyai akal utk berfikir, sang semut amat yakin kpd Allah swt yg mencipta dan menjaganya~..Dan begitulah kita yg sebesar manusia ini harus lebih lg berfikiran jauh drpd seekor semut dan sentiasa ingat akan kebergantungannya dengan Tuhan yg Maha Mencipta dan Maha Menjaga~
...

[cerita dipetik dr Dr Azhar Bin Hj Sarip dlm ruangan Rahsia Wanita MW Oct '08]



3 comments:

  1. alhamdulillah..

    terima kasih sebab ingat juga pada kami yang berjuang mencari rezeki di bumi melaka ni..doakan kami semua mendapat bahagian amsing-masing atas usaha keras masing-masing..

    insyaa'Allah rezeki Allah tersedia bagi yang berusaha..semoga terus bekalkan semangat dan perangsang pada kami yang jauh di bumi orang

    " i reach first with love and trus..and be and energy giver'

    p(^0^)/

    p/s: owh..lupa..nice sharing..suka sang semut..nak jadi semut laaa...best

    ReplyDelete
  2. awww~...thanx shaq!..
    sy suke sgt cite semut ni..
    semoga cite ni menjadi contoh utk kita menjadi hambaNya yg redha dan tawakal kdpNya~..aminnn.. :)

    Sy doakan yg terbaik utk semua di MITC Melaka~..

    ReplyDelete
  3. hari ni..makin mencabar nih..hehe..doakan kami eh..

    ReplyDelete