Tuesday, May 13, 2014

Tutorial Bunga Songket DIY!~



Assalamua'alaikum!~..hahaha! Lama gila x update blog yg dah berhabuk bersawang berlumut ni!~..Tapi since susah sangat nak jumpa pictorial (tutorial bergambar) tentang cara-cara buat bunga songket ni, maka saya nk share my own tutorial for this beautiful and ridiculously expensive songket flowers!~ Saya ada tanya-tanya orang butik pengantin ambik berapa untuk sekuntum bunga songket..cuba teka paling murah berapa?....
-
-
-
-
-
-
-

RM30!...and paling mahal adalah RM400 sekuntum! Sekuntum hokehhhh!~ huhuhu...but, saya x salahkan seller lah..pasal memang renyah dan leceh nak buat bunga songket ni..papepun, here you are..the tutorial with pictures~..hope boleh beri manfaatdan membantu sape-sape yang berniat nk DIY bunga songket ni..ENJOY!~

Bahan-bahan:

1 meter kain songket (boleh buat dalam 15-20 kuntum depends on size)
Dawai gim (paling susah nak cari -kedai Sayangku, Sek 9 Shah Alam ada)
Dawai bunga emas
Gam UHU
Gunting
Isi/ Inti bunga ikut kesesuaian


1. Masukkkan dawai bunga dalam gelung dawai gim ikut panjang dawai (2). Ukuran dawai boleh ikut gelung size bunga yang diinginkan. Seterusnya boleh lilit dawai pada gelung ukur (saya guna gulung tisu tu je..) (3).

So, bila dah lilit ikatkan dawai tadi dengan memintal hujung dawai (5) dan keluarkan dari gelung. Dapatlah bulat cam dalam gambar (6).


Biasa orang buat ni, dia buat dawai dulu banyak2 (7) lepastu boleh bentukkan dawai ikut bentuk yang disukai (8). Kemudian untuk tekap pada kain, gunakan gam UHU (9), menurut cikgu dalam rancangan TV1 tu, dia kata gam UHU paling elok untuk buat bunga tekap ni.


Lepas tu, gam kan kesemua dawai tadi pada kain songket. (10,11,12). Gam banyak2 lepas tu biarkan dia kering. Seeloknya biarkan semalaman supaya gam betul2 kering.


Bila dah kering, boleh lah start menggunting pulak..(kan dah cakap leceh! huhuhu..). Gunting cantik2 ikut dawai tadi..trim supaya x nmpk lebihan kain..biar nampak kemas!~ (ewah, semangat teacher! huhuhu..)


Dah settle semua petals-petals bunga tadi, bolehlah start cantum dia pulak~...part ni payah cikit klu xbiasa buat bunga..xpe, usaha tangga kejayaan! haaa!~...gituw lerrr...pastu, dah cantum, boleh lah tape bunga cm biasa untuk lekatkan dia..


So, macam saya member suggest buat kelopak kecik kt tengah, then buat kelopak besar kat luar cantumkan. Baru nampka meriah cikit~ Pepandai korang lah nak olah camane..tah2 korang lg pandai! huhuhuu..
Siap dah!~..bunga ni InsyaAllah nak wat bunga tangan..
nnt sy share kan hasilnya..insyaAllah!~ hehehe..

Okaylah, thank you so much view my blog! Siyes mmg lama gila dah x menulis blog ni..hope korang enjoy tutorial ni...macehhhhhh!!~...buhbye!